Pengurangan kesesakan lalu lintas melalui kawalan lampu isyarat berasaskan integrasi imej dan logik kabur

dc.contributor.authorHamzah, Amir
dc.date.accessioned2024-12-01T04:01:15Z
dc.date.available2024-12-01T04:01:15Z
dc.date.issued2020
dc.descriptionThesis (Doctor of Philosophy)
dc.description.abstractMasa lampu isyarat di persimpangan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan berdasarkan kajian kepadatan kenderaan sahaja. Kesesakan lalu lintas biasanya tinggi di persimpangan terutama pada waktu puncak; namun, sistem semasa hanya menggunakan satu waktu purata sepanjang hari tanpa mengira jumlah kenderaan dan lebar jalan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan aliran lalu lintas dengan mengawal lampu isyarat berdasarkan input pada jumlah kenderaan dan lebar jalan. Kajian ini membangunkan algoritma menggunakan peraturan logik kabur untuk masa lampu hijau. Algoritma ini dibangunkan berdasarkan dua input: jumlah kenderaan dan lebar jalan yang bersumber dari Peta Google, untuk menentukan masa lampu hijau. Kajian ini memberi masukan mengenai jumlah kenderaan dan lebar jalan di persimpangan Sala Benda dan Semplak di Bogor, Indonesia. Peraturan logik kabur yang dicadangkan telah mengetengahkan tiga kelas masa lampu hijau – lama, sederhana dan sebentar – berdasarkan jumlah kenderaan dan lebar jalan. Hasil ujian lapangan menunjukkan penurunan masa lampu hijau dari waktu semasa antara 9% hingga 91% di persimpangan Sala Benda dan antara 2.05% hingga 73.19% di persimpangan Semplak. Ringkasnya, kajian ini telah merumuskan masa lampu hijau yang optimum di setiap persimpangan berdasarkan jumlah kenderaan dan lebar jalan dan juga merumuskan tiga kelas masa lampu hijau. Algoritma dapat digunakan oleh pihak berkuasa tempatan yang lain untuk menentukan masa lampu isyarat hijau dalam meningkatkan aliran lalu lintas.
dc.description.sponsorshipRazak Faculty of Technology & Informatics
dc.identifier.urihttps://openscience.utm.my/handle/123456789/1427
dc.language.isoother
dc.publisherUniversiti Teknologi Malaysia
dc.subjectTraffic engineering
dc.subjectTraffic engineering—Data processing
dc.subjectTelecommunication—Traffic
dc.titlePengurangan kesesakan lalu lintas melalui kawalan lampu isyarat berasaskan integrasi imej dan logik kabur
dc.typeThesis
dc.typeDataset
Files
Original bundle
Now showing 1 - 5 of 5
Loading...
Thumbnail Image
Name:
AmirHamzahPhdRZK2020_A.pdf
Size:
656.62 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kod Pemprosesan Menggunakan Logik Fuzzy
Loading...
Thumbnail Image
Name:
AmirHamzahPhdRZK2020_C.pdf
Size:
308.82 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kod Lampu Trafik
Loading...
Thumbnail Image
Name:
AmirHamzahPhdRZK2020_D.pdf
Size:
572.13 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Loading...
Thumbnail Image
Name:
AmirHamzahPhdRZK2020_B.pdf
Size:
239.33 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kod Paparan Traffic Controller (TC)
Loading...
Thumbnail Image
Name:
AmirHamzahPhdRZK2020_E.pdf
Size:
343.14 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: