Kerangka gaya hidup dan keutamaan perumahan golongan berpendapatan menengah

dc.contributor.authorRajab, Nor A’ini
dc.date.accessioned2024-12-03T01:39:59Z
dc.date.available2024-12-03T01:39:59Z
dc.date.issued2017
dc.descriptionThesis (Ph.D (Civil Engineering))
dc.description.abstractKerajaan Malaysia telah melaksanakan polisi perumahan bertujuan untuk menyediakan unit kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyatnya. Namun, masih terdapat isu berbangkit dalam industri perumahan di seluruh negara. Antaranya adalah unit kediaman yang tidak terjual atau perumahan yang terbiar dan prestasi jualan unit kediaman yang rendah. Berbagai alasan diberikan, seperti lokasi yang tidak strategik, kualiti yang rendah dan harga yang terlampau tinggi. Perkara ini dilihat memainkan peranan yang penting dalam menghadkan pilihan rumah yang boleh dibuat oleh pembeli. Walau bagaimanapun, dengan memahami gaya hidup perumahan dan keutamaan perumahan di kalangan pembeli, dapat memberikan impak yang positif kepada penawaran perumahan yang memenuhi kehendak dan keutamaan pembeli. Justeru, penyelidikan ini dilaksanakan untuk membangunkan kerangka gaya hidup dan keutamaan perumahan golongan berpendapatan menengah Melayu Islam di Kuala Lumpur dengan menentukan dimensi gaya hidup perumahan dan ciri-ciri perumahan yang menjadi keutamaan mereka. Kerangka teoretikal penyelidikan ini menerapkan teori tingkah laku pengguna semasa membuat keputusan membeli rumah dan model pengaruh-pengaruh kepada pilihan perumahan. Lima puluh tiga pernyataan aktiviti, minat dan pendapat (AIO) yang berkaitan perumahan digunakan untuk mengenal pasti gaya hidup dan enam puluh sembilan ciri-ciri perumahan digunakan untuk menentukan ciri-ciri yang menjadi keutamaan pembeli rumah. Soal selidik dijalankan terhadap empat ratus pekerja di sektor awam dan swasta yang berpendapatan menengah, berbangsa Melayu Islam yang bekerja di bandar Kuala Lumpur. Data dianalisis menggunakan teknik kuantitatif yang ditentukan. Analisis faktor menghasilkan tiga faktor gaya hidup dan analisis kluster mengumpulkan responden tersebut kepada tiga kluster gaya hidup iaitu Berorientasi Keluarga, Aktif dan Kesempurnaan. Disamping itu, lima ciri perumahan yang menjadi keutamaan pembeli dihasilkan daripada analisis faktor adalah Fasiliti/Kemudahan, Lokasi, Jenis Rumah, Saiz dan Harga. Kerangka gaya hidup dan keutamaan perumahan yang dibina menunjukkan demografi/sosio-ekonomi dan perancangan memiliki rumah menentukan gaya hidup dan keutamaan perumahan pembeli rumah dan keutamaan perumahan dipengaruhi oleh gaya hidup pembeli rumah. Keputusan analisis menunjukkan model teoretikal yang digunakan dalam penyelidikan ini disokong oleh ciri-ciri demografi, sosio-ekonomi, gaya hidup dan keutamaan perumahan. Penyelidikan ini juga mendapati, ciri-ciri perumahan yang menjadi keutamaan pembeli dipengaruhi oleh gaya hidup pada tahap yang berbeza-beza khususnya untuk Saiz dan Harga. Maklumat mengenai ciri-ciri gaya hidup dan keutamaan kepada ciri-ciri perumahan yang berbeza-beza di antara kluster gaya hidup, boleh digunakan untuk mengukuhkan polisi berkaitan perumahan dan menambahbaik peraturan pembangunan perumahan bagi memastikan penawaran perumahan yang dapat memenuhi kehendak dan keutamaan pembeli. Maklumat ini juga sangat berguna dalam membina strategi pemasaran yang berkesan dengan kebaikan bersaing yang positif untuk pembangunan perumahan baru.
dc.description.sponsorshipFaculty of Civil Engineering
dc.identifier.urihttps://openscience.utm.my/handle/123456789/1444
dc.language.isoother
dc.publisherUniversiti Teknologi Malaysia
dc.subjectHousing—Research
dc.subjectHousing—Resident satisfaction
dc.subjectHousing surveys
dc.titleKerangka gaya hidup dan keutamaan perumahan golongan berpendapatan menengah
dc.typeThesis
dc.typeDataset
Files
Original bundle
Now showing 1 - 5 of 6
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NorA_iniRajabPFKA2017_A1.pdf
Size:
130.49 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Ciri-ciri Perumahan
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NorA_iniRajabPFKA2017_B1.pdf
Size:
102.55 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kluster Gaya Hidup dan Demografi
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NorA_iniRajabPFKA2017_B2.pdf
Size:
80.31 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kluster Gaya Hidup dan Rumah Semasa
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NorA_iniRajabPFKA2017_B3.pdf
Size:
86.98 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Kluster Gaya Hidup dan Kemungkinan Membeli Rumah
Loading...
Thumbnail Image
Name:
NorA_iniRajabPFKA2017_C1.pdf
Size:
485.74 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Analsisi Ciri-Ciri Perumahan, Demografi dan Sosioekonomi Responden
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: